Friday, May 2, 2014

KECEKAPAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DI SEKELILING KITA

PENGENALAN
     Elektrik merupakan sumber tenaga utama yang digunakan di rumah.
Anda seharusnya terus menikmati manfaat daripada peralatan
elektrik dengan tidak menggunakan lebih banyak tenaga daripada
yang sepatutnya. Penggunaan tenaga elektrik secara cekap dapat
menjimatkan wang serta dapat membantu memelihara alam sekitar.
     Adakah anda inginkan bil elektrik yang rendah dan menyumbang
kepada pemeliharaan alam sekitar? Anda akan dapat mengurangkan
sehingga 10% penggunaan elektrik tanpa menjejaskan tahap
keselesaan hidup anda.



APAKAH KECEKAPAN TENAGA?
     Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna anda menggunakan tenaga
elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama di
rumah atau di tempat kerja. Ini juga bermakna anda akan dapat
mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping
menikmati kemudahan yang sama.
PENGGUNAAN ELEKTRIK DI RUMAH KITA 
     Ruang dapur merupakan tempat penggunaan utama elektrik di rumah iaitu lebih kurang 45% dari jumlah keseluruhan .
     Pada kadar biasa anggaran bil elektrik bulanan bagi satu kos keluarga yang menetap di rumah kos rendah ialah RM 80, rumah kos sederhana RM 170, dan rumah banglo RM 450.
     Penggunaan elektrik ai sesebuah rumah sangat bergantung pada saiz keluarga, tabiat hidup, bilanga serta jangka hayat peralatan elektrik dan tempoh penggunaanya.


MENGAPAKAH KITA PERLU MENGGUNAKAN TENAGA ELEKTIK DENGAN CEKAP ?
a) Untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil (gas dan
    arang batu) yang:
           • bekalannya semakin susut
           • kos yang semakin tinggi
           • menghasilkan gas-gas berbahaya yang boleh membawa kesan
             buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar,
b) Untuk memelihara alam sekitar yang merupakan satu-satunya
    warisan kita untuk generasi akan datang; dan
c) Untuk mengurangkan perbelanjaan isirumah.

KECEKAPAN TENAGA

Kecekapan tenaga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.

Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap tenaga.Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga.




Selain itu, sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik.




Label cekap tenaga ini bertujuan memberi maklumat yang lebih terperinci dalam membantu pengguna membuat pilihan terhadap barang elektrik yang cekap tenaga.Bintang pada label cekap tenaga ini menunjukkan kecekapan barang elektrik tersebut dalam  menjimatkan tenaga.

Label yang mempunyai  taraf 1 bintang menunjukkan barang elektrik tersebut mempunyai kecekapan tenaga  yang rendah dan taraf 5 bintang menunjukkan barang tersebut mempunyai kecekapan tenaga yang paling tinggi.

Setakat ini label tersebut boleh didapati pada barang elektrik tertentu seperti peti sejuk, pendingin hawa, televisyen dan kipas angin.Pengguna boleh membuat pilihan dengan melihat kepada taraf bintang pada barang elektrik tersebut. Label ini juga boleh membantu pengguna  membuat perbandingan antara satu barang dengan barang yang lain.

Pengiraan kecekapan penggunaan tenaga bagi peti sejuk ditentukan melalui kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga.

Proses pengujian tersebut dijalankan oleh pihak SIRIM. Sekiranya pengujian tersebut lulus, maka Suruhanjaya Tenaga akan memberi pengiktirafan label kecekapan tenaga berdasarkan  taraf 1 hingga 5 bintang.Standard adalah satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan dan kualiti bagi sesuatu barang dan perkhidmatan.

Di Malaysia, satu jawatankuasa teknikal Performance of Household and Similar Electrical Appliances telah ditubuhkan bertujuan membangunkan standard berkaitan dengan kecekapan tenaga. Standard ini bertujuan menghasilkan barangan elektrik bagi kegunaan isi rumah yang cekap tenaga. Dokumen MS (Malaysian Standard) yang sedang dibangunkan ini akan membantu industri dan pengeluar untuk mematuhi ciri-ciri dan kriteria tertentu yang ditetapkan.


 

PELABELAN   KECEKAPAN  TENAGA: SISTEM KADARAN BINTANG DAN LABEL

Pelabelan Kecekapan Tenaga merupakan suatu alat penting untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pengguna mengenai penggunaan tenaga bagi alat elektrik di rumah. Label kecekapan tenaga dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga kepada pengilang alat elektrik untuk dan mempromosikan alat eletrik cekap tenaga dalam pasaran. Pengilang perlu mematuhi piawaian dan syarat ujian prestasi tenaga yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Tenaga untuk kadaran bintang ini sebelum kelulusan diberikan untuk setiap model yang di keluarkan.

Label kecekapan tenaga ini memberi maklumat kepada pengguna tentang penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik. Label kadaran tenaga atau energy rating label menunjukkan anggaran penggunaan tenaga bagi setiap peralatan elektrik berdasarkan sistem kadaran kecekapan tenaga. Kadaran 1 hingga 5 ditunjukkan dalam label bermakna 1-bintang adalah yang paling kurang cekap dan 5-bintang adalah yang paling cekap.

Label ini mengandungi anggaran jumlah penggunaan tenaga tahunan dalam kilowatt-jam bagi setiap alat elektrik, berdasarkan keputusan ujian makmal yang diiktiraf. Maklumat yang disediakan akan membantu pengguna untuk memilih model yang paling cekap tenaga semasa membuat pembelian peralatan elektrik. Penggunaan peralatan elektrik 5-Bintang akan mengurangkan penggunaan elektrik dan bil elektrik di rumah. Ini secara langsung akan menghasilkan pendapatan isi rumah boleh guna atau disposable household income yang lebih tinggi terutamanya dalam jangka masa yang panjang yang akan meningkatkan kualiti kehidupan. 

Alat eletrik yang diluluskan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi Kadaran Bintang kecekapan tenaga ialah peti sejuk, penyaman udara, televisyen dan kipas yang digunakan di rumah. Senarai produk ini boleh didapati di laman web www.st.gov.my dan www.saveenergy.gov.my.

No comments:

Post a Comment

#navbar-iframe { display: none ; }