Friday, May 2, 2014

KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA JALAN RAYA.

Bismillahhirrahmanirahim.

Papan tanda bertujuan memberi panduan atau maklumat kepada pemandu kenderaan jalan. Penempatan sesuatu papan tanda mestilah mudah dilihat , mudah difahami, ringkas , saiz huruf yang sesuai dan simbol yang jelas dan seragam. Setiap papan tanda mempunyai arahan dan tujuan tertentu dan dapat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian iaitu papan tanda mandatori, papan tanda larangan dan papan tanda maklumat.

Kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha penyelesaian ini . Kerajaan mesti menguatkuasakan undang-undang . Hukuman berat mesti dikenakan terhadap sesiapa yang berani melanggar peraturan di jalan raya . Bak kata peribahasa '' setinggi-tinggi terbangnya bangau , akhirnya pasti jatuh ke tanah '' . Pesalah laku trafik haruslah didenda sekurang-kurangnya RM500 atau penjara selama 6 bulan . Dengan ini , pegguna jalan raya tidak akan berani memperlekeh amaran kerajaan lagi .
patuhi undang-undang jalan raya.

Selain itu , kerajaan memperketat tahap kelulusan ujian yang dijalankan untuk menguji pemandu kenderaan . Oleh sebab itu , usaha kerajaan mestilah berlandaskan peribahasa '' di mana ada kemahuan , di situ ada jalan '' . Lesen-lesen tidak harus diberikan kepada para pemandu dengan mudah . Kerajaan mesti membiayai kos untuk mengadakan pelbagai kempen kesedaran . Kempen-kempen ini haruslah diadakan dengan objektif menyedarkan para pengguna jalan raya tentang kepentingan mematuhi peraturan . Insiatif ini mampu membantu meminimumkan kemalangan di jalan raya yang terus berlaku . 
Seterusnya , polis trafik mestilah menjalankan tugas dengan dedikasi . Mereka mesti menjalankan tugas masing-masing dan memberkas golongan yang melanggar undang-undang di jalan raya . Saman mesti sentiasa dikeluarkan untuk memberi amaran kepada si pelanggar peraturan jalan raya . Kelengkapan polis trafik mestilah sempurna . Di samping itu , polis trafik yang amanah amat diperlukan . Mereka tidak harus menerima rasuah sebaliknya mesti bersikap adil dan saksama . Sikap berdiri di atas pagar mestilah dipraktikkan oleh anggota polis trafik . Implikasinya , polis-polis trafik juga turut memainkan peranan yang agak penting . 
Segenap lapisan masyarakat mesti melaksanakan tanggungjawab masing-masing . Jika didapati ada pengguna jalan raya telah melanggar undang-undang seperti mengadakan perlumbaan haram sebagainya , kita mesti segera membuat laporan kepada pihak berkuasa . Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat , kemalangan dapat dikurangkan . 

Kata orang tua-tua '' malang tidak berbau '' . Pengguna jalan raya sendiri mesti memahami maksud bidalan ini . Pengguna jalan raya mesti sentiasa memerhatikan papan-papan tanda di tepi jalan . Papan tanda yang disediakan oleh kerajaan bertujuan memastikan keselamatan para pengguna jalan raya . Keselamatan pengguna jalan raya pasti dapat dijamin jika arahan dapat dipatuhi . Akhir sekali , pemandu kenderaan mesti sentiasa memusatkan perhatian semasa memandu . Mereka tidak harus memandu sambil membuat perkara lain seperti menggunakan telefon , bergosip dengan orang lain dan sebagainya . 
Sekiranya kita mematuhi papan tanda jalan raya, kita dapat memudahkan pengguna jalan raya yang lain serta mengelakkan kemalangan jalan raya. Hal ini demikian kerana, terdapat sesetengah pemandu memandu tanpa mematuhi had laju yang ditetapkan yang mungkin menyebabkan kemalangan. Selain itu, apabila kita mematuhi papan tanda jalan raya, kita dapat memupuk sikap berhemah di dalam diri. Perjalanan kita akan lebih selamat dan tidak menggusarkan para penumpang bak kata peribahasa, pandu cermat jiwa selamat.
 

No comments:

Post a Comment

#navbar-iframe { display: none ; }